Kata Adjektif

Kata Adjektif
·       Kata ajektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, tumbuhan, haiwan dan sebaginya.

·       Pada umumnya kata adjektif disertai dengan kata-kata seperti amat, sangat dan paling yang dikenali sebagai penguat.


·       Terdapat juga kata adjektif yang berawalan “ter-“ yang bermaksud paling.
                     Contohya: terbaik, tertinggi, terkaya

*    Kata adjektif yang diletakkan imbuhan “ter-“tidak boleh  diikuti  oleh kata penguat “sekali”.


Kumpulan
Contoh
Sifat / keadaan
Sihat, berani, cantik, pandai, malas, kotor, cerdas
Warna
Biru, jingga, ungu, kelabu
Ukuran
Tinggi, panjang, kerdil
Bentuk
Bujur, kemek, segi empat,bengkok
Pancaindera
Pedas, pahit, wangi, kasar,lazat,nyaring, merdu
Waktu
Lama, segera, sekelip, suntuk
Cara
Cepat, laju, perlahan, deras
Perasaan
Marah, benci, asyik, jijik, rindu
Ganda
Merah-merah, sempit-sempit
Majmuk
Merah jambu, hijau daun, biru laut





































Latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1.   Ranjit sedang mengasah pisau yang __________ itu.
2.   Suara Ranjit penyanyi wanita itu sungguh __________.
3.   Air sungai di belakang rumahnya mengalir _________ selepas hujan lebat.
4.   Orang yang berfikiran ___________ tidak sesuai menjadi pemimpin.
5.   Negara yang ___________ akan sentiasa dikunjungi oleh pelancong.
6.   Pertandingan bola jarring itu akan dibatalkan sekiranya cuaca ___________.
7.   Murid yang ___________ sentiasa disayangi oleh guru.
8.   Botol mineral itu mengjadi ___________ apabila dipijak oleh budak nakal itu.
9.   Dia sangat ____________ berbahasa Inggeris.
                   
10.       Pak Kadir ingin berehat sebentar kerana badannya sudah berasa     ___________.