Kata Tanya

Kata Tanya
*          Perkataan yang digunakan untuk menanyakan tentang nama benda, orang, tempat, masa, harga, bilangan, keadaan, sebab, atau cara.

*          Biasanya kata Tanya akan diikuti dengan partikel “kah”.

*          Ayat yang menggunakan kata tanya akan diakhiri dengan tanda soal ?




Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
Siapa
Digunakan untuk menanyakan orang.
Siapakah yang datamg tadi?
Apa
Digunakan untuk menanyakan benda
*    Di tangan kamu ada apa?
*    Apakah pandangan beliau tentang perkara ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa atau waktu.
Bilakah kamu akan melancong ke Australia?
Di mana /
Ke mana
Digunakan untuk menanyakan tempat.
*    Di manakah letaknya buku latihan saya?
*    Ke manakah mereka pergi pada awal pagi begini?
Berapa
Digunakan untuk menanyakan bilangan atau harga.
Berapakah harga pensel ini?
Mengapa / Kenapa
Digunakan untuk menanyakan sebab.
Mengapakah dia menangis?
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan cara.
Bagaimanakah hendak memasak kari ayam?
Adakah
Digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Adakah awak yang mengambil pembaris saya?






Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.    _________kah saya boleh berjumpa dengan cikgu Lim?
2.   _________ tahunkah abang kamu menuntut di universiti?
3.   Di _________kah letaknya Sungai Nil?
4.   _________kah dia bertongkat dan berjalan terhincut-hincut?
5.   _________kah kereta itu boleh terjatuh ke dalam gaung?
6.   _________kah kamu ke sekolah esok?
7.   Kamu ke kedai buku dengan ___________?
8.   __________ bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek pisang?
9.   _________kah pertandingan bercerita akan diadakan.
10.   _________kah Hassan tidak bermain dengan rakan-rakannya?
11.  Haraga sepinggan bihun goreng dan segelas teh ini ___________?