Kesalahan Umum Tatabahasa

Kesalahan Umum Tatabahasa
Murid-murid sering melakukan kesalahan dalam tatabahasa. Antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah dari segi penggunaan kata, frasa, dan struktur ayat.


Jenis-jenis Kata
Salah
Betul
Kata Ganti Nama Diri
·        Kita hendak bermain bola, cikgu,” kata murid-murid kepada Cikgu Ida.
·        Perompak itu telah didakwa di mahkamah. Beliau dijatuhi hukuman berat oleh hakim.
·        Kami hendak bermain bola, cikgu,” kata murid-murid kepada Cikgu Ida.
·        Perompak itu telah didakwa di mahkamah. Dia dijatuhi hukuman berat oleh hakim.
Kata Bilangan
·        Kedua orang murid itu telah didenda oleh Cikgu Tan.
·        Berbagai jenis kuih terhidang di atas meja itu.

·        Banyak persatuan-persatuan
·        Semua maklumat-maklumat
·        Para-para murid
·        Kedua-dua orang murid itu telah didenda oleh Cikgu Tan.
·        Berbagai-bagai / Pelbagai jenis kuih terhidang di atas meja itu.
·        Banyak persatuan


·        Semua maklumat

·        Para murid
Kata Pemeri
·        Zaid adalah kerani di sebuah kilang.
·        “Tujuan saya ke sini ialah untuk memulangkan buku kamu,” kata Talib kepada Zaid.
·        Zaid ialah kerani di sebuah kilang.

·        “Tujuan saya ke sini adalah untuk memulangkan buku kamu,” kata Talib kepada Zaid.
Kata Penguat
·        Bangunan ini paling tinggi sekali.
·        Persembahan itu tersangat hebat sekali.
·        Bangunan ini paling tinggi.

·        Persembahan itu sangat hebat sekali.
Kata Sendi Nama
·        Surat ini dari ayah saya.

·        Mereka tidak terlibat di dalam rompakan itu.
·        Dia menunggu kapal terbang daripada pagi hingga petang.
·        Surat ini daripada ayah saya.
·        Mereka tidak terlibat dalam rompakan itu.
·        Dia menunggu kapal terbang dari pagi hingga petang.
Penjodoh Bilangan
·        Sebahagian orang penduduk di kampong itu telah menerima bantuan kerajaan.
·        Semua ekor kambingnya telah dijual.
·        Sebahagian penduduk di kampong itu telah menerima bantuan kerajaan.
·        Semua kambingnya telah dijual.
Melanggar Hukum DM
·        Makanan yang dijual di Mami Restoran sangat sedap.
·        Berapakah harga goreng pisang ini?
·        Dia menyerahkan dua setengah ringgit kepada Cikgu Ibrahim.
·        Makanan yang dijual di Restoran Mami sangat sedap.
·        Berapakah harga pisang goreng ini?
·        Dia menyerahkan dua ringgit setengah kepada Cikgu Ibrahim.