Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

Penjodoh
bilangan

Penggunaan

Contoh Ayat
Bilah
Untuk benda yang tajam.
Ayah mengasah sebilah pisau yang tumpul.
Batang
Untuk benda-benda yang panjang, bulat dank eras seperti kayu, sungai, tongkat, pokok dan sebagainya.
Jason memukul anjing dengan sebatang kayu.
Biji
Untuk benda yang kecil seperti bola, buah-buahan, cawan dan guli.
Ibu membeli lima biji epal yang berhaga RM5.00.
Buku
Untuk benda yang berbongkah dan berbuku seperti sabun, roti dan benang.
Izzat telah makan 2 buku roti semasa waktu rehat.
Cubit
Untuk benda-benda yang diambil dalam kuantiti yang sedikit seperti garam dan gula.
Nenek memasukkan secubit garam ke dalam sup tulang.
Cebis
Untuk benda yang sudah dikoyak atau dicarik sehingga kecil.
Diana mencatat nombor telefon rakannya pada secebis kertas.
Ekor
Untuk haiwan atau serangga seperti kuda,nyamuk, belalang, musang dan biawak.
Adik menjerit apabila seekor lipas menghampirinya.
orang
Untuk manusia seperti doktor, nelayan, kerani, pencuri dan sebagainya.
Cita-cita saya ialah hendak menjadi seorang polis.
Potong
Untuk benda-benda yang telah dikerat seperti daging, kuih dan kek.
Kucing telah mencuri makan sepotong ikan yang hendak dimasak oleh Mak Minah.
Sikat/sisir
Untuk buah pisang.
Bapa membeli sesikat pisang emas di pasar borong.
Tangkai
Untuk benda yang bertangkis seperti bunga, padi dan sebagainya.
Watie menghias biliknya dengan beberapa tangkai bunga.
Ulas
Untuk isi buah-buahan seperti cempedak, nangka dan durian.
Abang telah makan beberapa ulas cempedak goreng.
Utas
Untuk benda yang panjang.
Emak sedang mencari seutas rantai emas yang terjatuh di atas rumput itu.
Genggam
Untuk benda yang boleh digenggam dalam tapak tangan, iaitu benda yang kecil seperti beras, pasir dan sebagainya.
Rumah Pak Abu hanya tinggal segenggam beras untuk dimasak.
Helai
Untuk benda yang lebar dan nipis seperti baju, kain, kertas dan selimut.
Ibu mengambil beberapa helai daun pandan untuk membuat kuih lapis.










Latihan
Isi tempat kosong dengan menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai.
1.    Nenek menggunakan se__________ tongkat untuk berjalan.
2.   Se___________ burung telah cedera kerana terlanggar tiang elektrik.
3.   Ahmad mengutip beberapa _________ biji telur ayam dari reban.
4.   Ibu memasukkan beberapa ________ durian ke dalam bubur kacang itu.
5.   Kami makan se________ roti sebagai alas perut ke sekolah.
6.   Se________ garam sudah memadai untuk memberi perisa kepada masakan itu.
7.   Salah se________ harimau di dalam kandang itu pernah membaham manusia.
8.   Ibu mengambil se__________ pisau lalu memotong daging.
9.   Budak yang nakal itu memasukkan se________ pasir ke dalam akuarium ayah.
10.    Beberapa __________ pencuri telah ditangkap oleh polis pada malam yang lalu.