Perumpamaan


Perumpamaan


Bil
Perumpamaan
Maksud
  
1.
Bagai ayam disambar helang
Hilang tiba-tiba.

2.
Bagai aur dengan tebing
Bantu-membantu antara satu sama lain.

3.
Bagai bulan dipagari bintang
Gadis yang cantik dikelilingi oleh gadis-gadis yang cantik.

4.
Bagai menatang minyak yang penuh

Menjaga dengan penuh kasih sayang.
5.

Seperti murai tercabut ekor

Orang yang suka bercakap.

6.
Seperti cacing kepanasan
Gelisah

7.
Seperlu ular kena palu
Jalan yang bengkang-bengkok.

8.
Seperti anjing dengan kucing
Selalu bergaduh.

9.
Seperti lipas kudung
Pergerakan yang panas.

10.
Seperti kacang lupakan kulit
Orang yang tidak mengenang budi.

11.
Seperti kaca terhempas ke batu

Perasaan yang sedih
12.
Seperti menghitung bulu kambing

Membuat pekerjaan yang sia-sia
13.
Umpama cincin dengan permata

Pasangan yang sepadan.
14.
Umpama kerbau dicucuk hidung

Menurut sahaja kemahuan orang lain.
15.
Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuan.
16.
Bagai kumbang terputus tali
Beredar dengan segera.

17.
Seperti rusa masuk kampung
Orang yang tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.

18.
Seperti pahat dengan pemukul
Orang yang akan bekerja apabila disuruh.

19.
Seperti bumi dengan langit
Perbezaan yang amat besar.

20.
Seperti cicak makan kapur
Orang yang malu dengan kesalahan sendiri.

21.
Seperti belanda minta tanah
Orang yang tamak.

22.
Seperti api dengan sekam
Perbuatan yang keji.

23.
Seperti hujan jatuh ke pasir
Kerja yang tidak berfaedah.






Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.    Hati Noraini bagai______________________________ apabila mengetahui bahawa suaminya telah beristeri lain.

2.   Orang kampung itu hidup bagai __________________________ kerana kampung mereka terlalu jauh di pedalaman.

3.   Encik Helmi memarahi pekerjanya kerana sikap mereka bagai _____________________ terhadap pekerjaan.


4.   Penduduk di Taman Sentosa sentiasa bekerjasama seperti _________________________.

5.   Pasangan pengatin itu bagai _________________________ . suaminya seolah-olah boleh dipanggil datuk.


6.   Keadaan jalan seperti __________________________ menyebabkan kami kepenatan.

7.   Sewaktu kami sampai, bagai ________________________ kerana kami tidak pernah ke bandar itu sebelumnya.