Kata Tanya
Kata Tanya | Penggunaan | Ayat Contoh |
Siapa | Digunakan untuk menanyakan orang. | Siapakah yang datamg tadi? |
Apa | Digunakan untuk menanyakan benda | |
Bila | Digunakan untuk menanyakan masa atau waktu. | Bilakah kamu akan melancong ke Australia? |
Di mana / Ke mana | Digunakan untuk menanyakan tempat. | |
Berapa | Digunakan untuk menanyakan bilangan atau harga. | Berapakah harga pensel ini? |
Mengapa / Kenapa | Digunakan untuk menanyakan sebab. | Mengapakah dia menangis? |
Bagaimana | Digunakan untuk menanyakan cara. | Bagaimanakah hendak memasak kari ayam? |
Adakah | Digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. | Adakah awak yang mengambil pembaris saya? |
Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _________kah saya boleh berjumpa dengan cikgu Lim?
2. _________ tahunkah abang kamu menuntut di universiti?
3. Di _________kah letaknya Sungai Nil?
4. _________kah dia bertongkat dan berjalan terhincut-hincut?
5. _________kah kereta itu boleh terjatuh ke dalam gaung?
6. _________kah kamu ke sekolah esok?
7. Kamu ke kedai buku dengan ___________?
8. __________ bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek pisang?
9. _________kah pertandingan bercerita akan diadakan.
10. _________kah Hassan tidak bermain dengan rakan-rakannya?
11. Haraga sepinggan bihun goreng dan segelas teh ini ___________?