Kata Hubung

Kata Hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, dan ayat.

Kata Hubung
Penggunaan
Ayat Contoh
Dan
Digunakan untuk menambahkan subjek atau predikat.
Langsat dan nangka ialah buah-buahan kegemaran saya.
Atau
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu pilihan.
Awak suka minum kopi atau milo?
Kerana / Sebab
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu punca atau alasan.
Dia tiba lambat di pejabat kerana kesesakan jalan raya.
Jika / Kalau / sekiranya / seandainya
Digunakan untuk menerangkan sesuatu syarat.
Jika masalah tersebut dapat diselesaikan, maka beliau tidak akan campur tangan.
Tetapi / Namun
Digunakan untuk menunjukkan perkara yang berlawanan.
Walaupun Haizal seorang murid yang pandai, tetapi dia malas.
Apabila
Digunakan untuk menunjukkan masa.
Ayah naik berang apabila mengetahui abang ponteng sekolah.
Semasa / Ketika / Sewaktu
Digunakan untuk menunjukkan masa.
Kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur di dalam bilik.
Sambil / Seraya
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu dilakukan pada masa yang sama.
Laila menyanyi sambil menyidai pakaian.
Lalu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu dilakukan secara berturutan.
Ibu mengeluarkan duit lalu menghulurkannya kepada budak itu.
Supaya / Agar
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu maksud atau tujuan.
Ayah menasihati adik supaya menghormati orang yang lebih tua.
Kecuali / Melainkan
Digunakan untuk menunjukkan kekecualian.
Semua pelajar telah menghantar buku kecuali Meng San.
Sebelum
Digunakan untuk menunjukkan
Sebelum tiba di rumah, Aina berjumpa dengan kawan lamanya.
Serta
Digunakan untuk menunjukkan maksud turut serta atau sama-sama
Yusof, Rajan serta Kok Seng memancing ikan di sungai.
Hingga / sehingga
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang sampai had tertentu.
Sehingga sekarang, saya masih belum menerima jawapan daripadanya.
Sementara
Digunakan untuk menunjukkan masa.
Kami membaca surat khabar di hentian bas sementara menunggu hujan berhenti.
Manakala
Digunakan untuk menunjukkan dua perbuatan atau sifat yang berkaitan.
Simon mengelap tingkap manakala adiknya menyapu lantai.
Malah / Bahkan
Digunakan untuk menyatakan maksud kian bertambah.
Dia bukan sahaja tidak berterima kasih, malah menghina orang yang telah membantunya.
Semenjak / Sejak
Digunakan untuk menunjukkan “mulai dari”.
Zaidi sentiasa termenung sejak kematian isterinya.
Demi
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu tujuan.
Demi kebaikan bersama, kamu seharusnya menyokong cadangan itu.