Kata Pemeri

Kata Pemeri
*      Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

*      Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contohnya: Guru itu ialah bukan guru Matematik.  X
Namun begitu, terdapat kekecualian, iaitu kata pemeri wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.
Contohnya: maklumat itu adalah tidak benar.  


Kata Pemeri
Penggunaan
Ayat Contoh
Ialah
Digunakan untuk menghubungkan  subjek dengan frasa nama.
·        Guru itu ialah guru Bahasa Malaysia kelas 3 Jujur.
·        Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan.
·        Menara yang tersergam indah itu ialah Menara Kuala Lumpur.
Adalah
Digunakan untuk menghubungkan  subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
·        Berita yang disampaikan oleh pemberita adalah benar.
·        Arahan yang saya terima itu adalah daripada pengurus syarikat.
·        Hadiah yang disumbangkan oleh pihak PIBG adalah untuk murid cemerlang.







Latihan
Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1.    Hamid __________ pengarang buku Sang Belang Dengan Sang Helang.
2.   Encik Tan _________ Guru Besarkami sejak sepuluh tahun yang lalu.
3.   Mencuri ________ sikap yang tidak bermoral.
4.   Gunung Kinabalu _________ gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
5.   Buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk kesihatan badan.
6.   Seremban _______ ibu negeri Negeri Sembilan.
7.   Jam tangan ini ________ untuk dihadiahkan kepada ibu sempena Hari Ibu.
8.   Pemuda itu ________  Ketua Polis di Kuala Terengganu.
9.   Antara makanan yang saya sukai________ nasi kerabu dan nasi dagang.
10.      Buku yang dibeli oleh Lily itu _________ sangat tebal dan   mahal pula harganya.